Bahasa: apa yg diucapkan, kata, perkataan, ucapan;
Bangsa: kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan
Setiap bangsa dibumi ni menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, lain bangsa lain bahasa yang dituturkan. Di Malaysia, kita gunakan bahasa melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Semakin maju bangsa, semakin maju jugalah bahasa yang digunakan. Masing-masing punya pendapat, Antaranya:
"Kalau kita tak balaja bahasa asing sampai bila kita nk dok kat takuk lame."
"Kenapa nak cakap bahasa Inggeris, Guna lah bahasa Melayu, kat Jepun sana tu guna bahasa jepun jer, Maju jer negara diorang.."
"Ko jangan nk skema sangat lah tulis blog gune bahasa baku.. orang nak baca pun malas ko taw x, xcool langsung"
"Wey, ko tu orang kelantan.. jangan nk ckp kl sgt lar wey. Lawak jer bunyi nye"
Pendapat Aku, apa sahaja bahasa yang dituturkan oleh anda menunjukan bangsa anda, ini bermaksud. Itulah budaya anda. Jika Diperhatikan, Mereka yang gemar bertutur bahasa inggeris itu KEBANYAKANNYA kehidupan mereka lebih Kearah kebaratan, Walaupun mereka rasa mereka hanya berbahasa inggeris hanya sebagai bahasa sampingan, tetapi secara tidak langsung mereka telah membudayakan diri mereka dengan bangsa tersebut. Bagi aku bahasa melayu itu sendiri sudah tidak dibudayakan oleh rakyat kita,
Pada Pendapat aku bahasa yang digunakan oleh kita sekarang sudah byk mengalami revolusi bahasa, bahasa melayu yng digunakn oleh anak-anak muda sekarang ini sudah byk yang berubah, tetapi itulah yg menunjukkan bangsa mereka.. budaya mereka..mereka menunjukkan yg bangsa melayu ini sudah byk bervolusi, sudah berubah.. sama seperti bahasa mereka. anak-anak muda kita sekarang sudah ramai yang lupa akan loghat mereka.. anak-anak muda yang berasal dari negeri yang mempunyai loghat tertentu lebih selesa mnggunakan bahasa KL yg dianggap lebih "cool" dan ada yang malu untuk bertutur dalam bahasa mereka sendiri.. apakah mereka juga malu untuk mengaku bangsa mereka sendiri? bagi aku lain bahasa kita, lain bangsa kita, lain budaya kita, lain perangai dan perwatakan kita..
*Adakah sama perwatakan Cik Linda yang gemar berbahasa Inggeris dengan Cik Anna yang berloghat utara?

0 comments:
Post a Comment