Recent Posts

Saturday 25 June 2011

13 tahun tahan gelora


Harian Metro, Ahad, 25 Jun 2011.  <<< klik untuk baca>>>

 Berita ini dijadikan muka hadapan harian metro hari ni..
Agaknya, kat malaysia ni da takde berita yang penting untuk rakyat ambik tahu, kecuali berita seorang isteri tak dapat nk wat sex ngn suami dia.

Berita ni nak bagitahu yang " Ko kene pecaye kat bomoh, Tgk ape jadi kat wanita ini..xdpt sex 13 tahun.."

Berita ni sangat2 perlu diambil tahu oleh rakyat,

“Saya diberitahu suami mungkin diberi makanan seperti nasi kangkang dan kotoran wanita (haid) oleh perempuan itu. Sebab itu dia lupa tanggungjawabnya dan kini terikat dengan wanita tidak berhati perut terbabit. "

Berita ini sangat bahaya.. Sebab itu berita ini disiarkan di muka hadapan, ianya memberitahu bahawa si suami jangan makan nasik sembarangan, jangan makan nasik yang punyai bau-bauan yang tidak menyenangkan.. nasi itu mungkin dah di kangkang..

* Kalau Anda Jadi Isteri Yang Tak Dapat Sex Selama 13 Tahun Anda Nak 1Malaysia Tahu Ke?

Wednesday 22 June 2011

Gaduh Bodoh Sama Bodoh

*Gambar sekadar hiasan blog sahaja
 (dah lah blog kosong je, gambar pon xde)

" Ek eleh, kalau pakai tudung tp baju singkat nampak pusat watpe, baik cam aku ni haa.. xyah pakai tudung terus, xyah nk tnjuk alim sgt pakai tudung, tp pakai sluar/baju ketat2.."


"Memanglar saya pakai baju t-shirt, kt malaysia ni panas, xkan saya nak pakai baju kurung... tp saya memang ingat pesan mak saya kat kampung, kalau kuar rumah memang saya pakai tudung."

   Mungkin kita pernah terbaca isu ini dalam mana-mana entri blog, mungkin kita pernah terdengar isu ini kat mana-mana kedai mamak. Kalau ada yang tak pernah dengar, mereka-mereka ini memang ada.

   Jika kita rasa pakaian itu tidak menunjukkan personaliti kita, kita salah.. Aku ini bukan ustaz. dan bukan ustaz sahaja yang boleh cakap hal-hal agama.. (dalam Al-Quran xde bagitaw pon yg hanya ustaz boleh cakap hal-hal agama) Kenapa nak cerita yang kita ni bagus sebab tak pakai tudung, kenapa? Sebab kita rasa kita tak tipu orang? Kita ni jujur?  Sebab kita rasa kalau pakai tudung tu tak bebas? Nanti klaw pakai tudung tak boleh nak masuk clubbing. Macam tu?  Dan yang pakai tudung tp berbaju/berseluar ketat pula kenapa jadi macam tu? Sebab nak tunjuk yang walaupun bertudung tapi still boleh bergaya. Still boleh nak tunjuk seksi.

    Anda pernah beli peti sejuk tak? Kalau beli peti sejuk, mesti kilang peti sejuk tu ade bagi BUKU MANUAL. kot-kot salah pasang ker, ada yang tak kene, boleh jadikan rujukan.. Samalah ngan manusia. Allah S.W.T cipta manusia.. lepas tu dia sediakan buku MANUAL.. Kot-kot ade yang rosak boleh dijadikan rujukan.. Samalah dalam kes kali ni. Tak perlu aku bagitahu, Semua tahu rambut tu aurat. Bila dah jadi aurat wajib kene tutup.. Masalahnya. Anggota tubuh perempuan ni, rambut je ker Aurat? Tak kan?

  Tapi aku tahu. anak muda sekarang lebih bijak.. lebih suka gunakan akal dari gunakan Al-Quran.. Masing-masing suka bagi pendapat masing-masing..Sendiri ada Logik sendiri. Sebab tu lah timbulnya ayat. "Aku tak Ikut orang, Aku adalah diri aku.." Sebab ayat macam tu lah kita jadi degil..

Sekarang dah jadi Trend.. Kat Malaysia ni gadis islam ade dua jenis.. "freehair" dan yang "bertudung", Lepas tu lelaki akan cakap.. "yang freehair tu wat skandel boley r.. kang nk wat stok bini cari r yg pakai tudung"
Dalam hati aku "wahh.. hensem betol ko, senang betol ko carik awek"

*Kalau Dah Pakai Tudung Labuh. Ade Rasa Nak Masuk Clubbing lagi tak?

Tuesday 21 June 2011

Bahasa Jiwa Bangsa

Bahasa: apa yg diucapkan, kata, perkataan, ucapan;

Bangsa: kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan

   Setiap bangsa dibumi ni menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, lain bangsa lain bahasa yang dituturkan. Di Malaysia, kita gunakan bahasa melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

   Semakin maju bangsa, semakin maju jugalah bahasa yang digunakan. Masing-masing punya pendapat, Antaranya:

"Kalau kita tak balaja bahasa asing sampai bila kita nk dok kat takuk lame."


 "Kenapa nak cakap bahasa Inggeris, Guna lah bahasa Melayu, kat Jepun sana tu guna bahasa jepun jer, Maju jer negara diorang.."


"Ko jangan nk skema sangat lah tulis blog gune bahasa baku.. orang nak baca pun malas ko taw x, xcool langsung"


"Wey, ko tu orang kelantan.. jangan nk ckp kl sgt lar wey. Lawak jer bunyi nye"




Pendapat Aku, apa sahaja bahasa yang dituturkan oleh anda menunjukan bangsa anda, ini bermaksud. Itulah budaya anda. Jika Diperhatikan, Mereka yang gemar bertutur bahasa inggeris itu KEBANYAKANNYA kehidupan mereka lebih Kearah kebaratan, Walaupun mereka rasa mereka hanya berbahasa inggeris hanya sebagai bahasa sampingan, tetapi secara tidak langsung mereka telah membudayakan diri mereka dengan bangsa tersebut. Bagi aku bahasa melayu itu sendiri sudah tidak dibudayakan oleh rakyat kita,

Pada Pendapat aku bahasa yang digunakan oleh kita sekarang sudah byk mengalami revolusi bahasa, bahasa melayu yng digunakn oleh anak-anak muda sekarang ini sudah byk yang berubah, tetapi itulah yg menunjukkan bangsa mereka.. budaya mereka..mereka menunjukkan yg bangsa melayu ini sudah byk bervolusi, sudah berubah.. sama seperti bahasa mereka. anak-anak muda kita sekarang sudah ramai yang lupa akan loghat mereka.. anak-anak muda yang berasal dari negeri yang mempunyai loghat tertentu lebih selesa mnggunakan bahasa KL yg dianggap lebih "cool" dan ada yang malu untuk bertutur dalam bahasa mereka sendiri.. apakah mereka juga malu untuk mengaku bangsa mereka sendiri? bagi aku lain bahasa kita, lain bangsa kita, lain budaya kita, lain perangai dan perwatakan kita..

*Adakah sama perwatakan Cik Linda yang gemar berbahasa Inggeris dengan Cik Anna yang berloghat utara?





 

Versi 1.1

Dah ada rasa nak menulis balik.
Ini Blog kedua Aku..
Blog Ini bukan Pasal Life.
Blog Ini bukan Untuk Kutuk Orang.

Blog Ini Hanya Menyuarakan Pendapat.

Pengikut